Tuesday, September 11, 2012

derma darah :)

Asalammualaikum,

Alhamdulillah hari ni aku Berjaya derma darah huhu bukan nak buat best ka or nk show off yang aku buat baik ka ap kan tapi bangga la sebab aku nak buat n sejak kat plkn lagi tapi biasa la takut gila mau tak nya dengan jarum lagi pastu nak tngok sendri darah tu mengalir keluar dari tubuh aku dengan sengajanya uuuik memang amat berat bagi aku… selalu bila ada kempen derma darah ja mesti ada ja yang menghalang untuk aku derma contah nya macam ehem2 huhu lau kat plkn aku xcukup umur lgi…so xbt la.

Semalam bila pengunguman derma darah tiba2 terfikir nak buat tapi time tu gak aku ketaq, tu xbuat lagi lau dah buat lain plak citakan…huhu 

sebelum derma 1st kena cek berat kena lbih 45 kg..aku xyah cek pon tau dh mesti lpas nya huhu pastu cek tekanan darah laju ja tkanan darah aku sampai 130 la heheh gemuruh la katakan..seterusnya kena cek jenis darah plak ni yang lemah ni

-remove- 
 sabar menanti

-remove-
akak kita takut la :(

jenis darah aku B

dah cool ;)

-remove-
n darah aku errr..

huh dah lepas dah rasa lega ja..ni kali pertama dan mungkin kali terakhir huhu..tapi mana tau pas2 ni ada keberanian untuk menderma lagi kan mana nak tau hati manusia kan selalu berubah2...sebenarnya derma darah n ok ja cuma perlukan keberanian ja...bagi orang cam aku memang susah cikit la kan coz aku takut...
sebelum derma tu call mak aku sat call abh pastu call mak balik ...memang takut gila la tapi nasib baik mak bagi kata2 yang membangunkan semangat aku ada la ckit kekuatan tu kan...

so takdak yang paling parah bg seseorang selain daripada kehilangan akal...derma darah pun ok wat xparah mana pu huhu ok sampai sini ja baibai... :)




Friday, September 7, 2012

taj mahal

asalammualaikum...
masa boring2 duk kat bilik tu dah tak tahu nak buat apa rajin2 kan kaki ni bertandang ke bilik membe padahal kerja melambak tak siap..kuis is tak jawap lagi,vedio tamadun,presentaion tamadun errr pening aku bila fikirkan balik...
masa kat bilik membe tengah sibuk mencari maklumat tetang vedio untuk tamadun islam terbaca pulak satu artikal tetang taj mahal..aku tahu tapi tak pernah pulak nak cari lebih mendalam tetang sejarah taj mahal tu..tiba2 hari ni rajin pulak nak baca kan..memang orang selalau kait kan taj mahal dengan kisah cinta konon nya "true love" la kan...taj mahal dibina 500 tahun lepas (lbih kurang kira halal la ek) xdak la lama mna pun
macam mana taj mahal ni boleh terbina jom kita baca ni just untuk pengetahuan ja.
 Pada tahun itu 1631, Shah Jahan, telah menjadi maharaja agung bagi dinasti Mughal tapi pastu beliau telah dilanda kesedihan apabila isteri ketiganya, Mumtaz Mahal, meninggal dunia semasa melahirkan anak keempat belas mereka . Nama sebenar Mumtaz mahal ialah Arjumand Banu Begum tapi lebih digelar dan dikenali sebagai Mumtaz Mahal . Beliau lahir di Agra pada tahun 1593M dan berkahwin dengan Shah Jahan pada tahun 1612. Kemudian meninggal dunia pada 1631M di Burhanpur, Deccan. Pada ketika itu Shah Jahan dalam proses untuk memperluaskan tanah jajahannya

   Pembinaan Taj Mahal bermula pada tahun 1632,  setahun selepas kematian isterinya. Pengarang istana menggambarkan cerita cinta yang secara tradisi dianggap inspirasi kepada Taj Mahal mengenai kesedihan Shah Jahan . Terdapat juga pandangan dan cerita yang menyatakan bahawa sebelum isteri Shah Jahan meninggal dunia, beliau telah berpesan agar tidak berkahwin lagi dan membuat permintaan agar dibina sebuah istana mahligai yang cantik dan hebat yang tiada tandingan di dunia. Permintaan itu telah ditunaikan oleh baginda. Maka lahirlah Taj Mahal..

   Mausoleum utama disiapkan pada tahun 1648 dan bangunan sekeliling dan taman disiapkan lima tahun berikutnya. Senibina Taj Mahal ini mengambil masa selama 22 tahun untuk disiapkan iaitu sekitar tahun 1631 hingga 1653. Maharaja Shah Jahan sendiri turut menggambarkan Taj Mahal dalam puisi beliau. Taj Mahal ini juga telah dicadangkan oleh Ustaz Isa dari Turki yang menjadi penyelia bagi Taj Mahal. Akhirnya lahirlah sebuah senibina yang sangat cantik dan berjaya menarik perhatian umum termasuk lah aku huhuhu

   Tau tak sebenarnaya, senibina Taj Mahal sebenarnya dikatakan mempunyai dua kisah romantis dalam pembentukannya. Kisahnya bermula apabila terdapatnya seorang arkitek yang berasal dari Turki (ada kalanya dikatakan dari Parsi) bekerja dengan Maharaja Shah Jahan. Beliau menjadi arkitek, pengukir, pemahat dan pencipta seni yang mahir. Beliau telah memahat Mahligai Diraja bagi permaisuri Mumtaz Mahal semasa hidupnya. Kecantikan seniukir beliau telah menambat hati Naseem (gadis keluarga diraja Moghul). Walaubagaimanapun, terdapat seorang pegawai istana yang menyintai Naseem. Tetapi Naseem ingin berkahwin dengan Ustaz Isa dan telah menyatakan hasratnya kepada Mumtaz Mahal. Keluarga istana tidak membantah permintaan Naseem dan beliau telah berkahwin dengan Ustaz Isa. Ustaz Isa telah mencipta satu model istana dari tanah liat untuk melambangkan keluhuran cintanya kepada Naseem.

  Namun, pada tahun 1631, Mumtaz Mahal telah mangkat. Shah Jahan telah mengisytiharkan bahawa baginda ingin menciptakan sebuah istana kepada isterinya dan memberi peluang kepada arkitek-arkitek dalam dan luar negara untuk menunjukkan model-model bangunan yang indah kepada baginda. Walaubagaimanapun, semua model itu tidak mendapat perhatian Shah Jahan. Ketika Shah Jahan pergi ke rumah Ustaz Isa untuk meminta pandangan Ustaz Isa, baginda telah ternampak model istana yang begitu indah hasil ciptaan Ustaz Isa buat Naseem. Shah Jahan sangat berkenan dan menjadikan model itu sebagai bangunan untuk Mumtaz Mahal. Justeru, Ustaz Isa telah terpilih dan beliau begitu bangga bahawa keluhuran cintanya kepada isterinya, Naseem juga dapat disemadikan di Taj Mahal

   perrr lau nak letak panjang lagi dari pada mula sampai akhir taj mahal ni nak disiap kan haiss macam ada..dibina dengan emas, permata, jet lagi nilam dan bnyak lagi arr yang aku tak pernah dengar pun ada...berpuluh jenis batu digunakan..per memang gah gila la kan..tapi yang best nya taj mahal dibina untuk insan yang bernama isteri bukan awek or gf ye "ISTERI"wanita ni tak kuat tapi pengaruh dia lelaki yang paling gagah lam dunia pun kalah huhu..

  emm tapi katanya shah jahan ni kejam dia jatuhkan hukuman pancung keatas  arkitek2 yg membina taj mahal..pastu tukang2 yang buat tu plak dipotong tangan,...sebab nya dia xmau ada taj mahal yang kedua yang lagi gah dari taj mahal tu...tapi tu tak pasti sampai sekarang... 

untung la kan lau aku dapat suami cam tu huhu dalam mimpi pun belum tentu dapat tapi tak kisah la tak perlu nak gah2 sangat kut..asalkan bahagia :)..semua tu tak kan kemana pun kan..orang cakap yang biasa tu la yang istimewa..dan yang istimewa tu tak semestinya berharga...nilai tu tak tepi ja la yang penting keiklasan hati.. :) 

k lah sampai sini ja ek apa yang aku merepek dari tadi pun xtau... :) babai