Friday, September 12, 2014

I'M B A C K

Assalamualaikum...

Yeaahhhh kini tiba masa untuk sedar dari mimpi indah kembali ke dunia yang nyata..dh agak lama tak update blog ni nasib masih ingat email ngn password kalau tak jenuh mana nak cekau pun xtau...

zaman study dh pun berlalu sekarang masuk era baru zaman perkejaan..huh ingat senang nak cari kerja kalau tak ada pengalaman setahun dua..tolong tolong tolong jangan mimpi disiang hari...tapi kalau dah rezeki tu tak kemana ye dak apa yang penting jangan nak demand sangat la kerja ja apa pun cari pengalamankan..(bajet bajet bajet bajet)...ok kepada kawan2 sekelas yang dh dapat kerja tu tahniah tahniah tahniah hehehe

Aku tengah kerja sekrang so im buzy ok hahaha bajet lagi haiii bila la nak dapt krja tetap ni weiiii.....
.....
Ok out of story...aku rindu hampa wei...rindu nak lepak sekali,masak,bergosip,
semuanya pasal kita haiii 

AMARAN
(bahasa kedah aku dah melampau2 sejak2 balikb ke kampung halaman so kalau ayat pelik2 tu kira halal la noh)

Friday, May 2, 2014

selangkah lebih jauh

asalammualaikum..

Dalam meniti jurang kehidupan diri ini seakan terawang-awangan diatas kayangan,pencinta dunia hari ini dan juga detik ini berlumba-lumba meraih kasih yang tidak berkekalan alangkah indahnya jika aku dapat menukar persepsi si pencinta dunia ini agar mereka tahu yang itu cuma sementara..kadang kala aku juga leka ingin aku merentasi masa,ingin aku menembusi benteng kedukaan,ingin aku mencari sinar tanpa melalui kegelapan...mudahnya nafsu mengabil alih akal menjadi pengatur segalanya,sedangkan iman hanya menanti apakah mungkin penantiannya hanya menjadi pemerhati?..

Terlalu banyak yang perlu diperbaiki bukan hanya diri tetapi hati menjadi penghulu untuk segalanya...mungkin sukar untuk mengorak langkah kesesuatu tahap yang boleh dikatakan baik, biarlah  belum cukup sempurna tetapi cukuplah sekadar permulaan itu lebih baik daripada tidak memelakukan apa-apa...

"selangkah aku memulakan perjalanan dan makin jauh aku tinggalkan kenangan makin dekat destinasi yang aku impikan" jadi tidak perlu takut untuk melangkah,tidak perlu taku untuk berubah segalanya ada pada diri sendiri yang penting dengan satu tujuan satu matlamat.." jadi lebih baik di jalan yang benar kerana pencipta yang satu" bukan kerana maknusia :)


Thursday, April 24, 2014

TAMAT SUDAH..

asalammualaikum

Politeknik muadzam shah pahang

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia-NYA berjaya aku dan rakan-rakan yang lain menamatkan sem 6 semoga 3tahun disini (POLITEKNI MUADZAM SHAH PAHANG) dapat memberi kami pengajaran yang bermakna dan semoga aku dan kawan lulus dengan jayanya #dapat "DIPLOMA Information Technology major in NETWORKIN SYSTEM " insya'Allah semua dengan izin Allah SWT...

haaa sedih.... lumrah kehidupan kan dimana adanya  pertemuan dan disitu juga wujudnya perpisahan...kita tak mintak pun untuk dipertemukan dan kita tak pernah terfikir akan dipertemukan sama la dengan perpisahan kita jugak xmintak untuk dipisahkan tapi kita tahu kita pasti akan berpisah..Buat sahabat2 DNS6A no matter where you are, please take care of yourself as much as possible, cause i'm bloody love you all. 

Dikesempatan ini aku menyusun 10 jari ini ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki,dari kamsis hinnga kamsis lelaki,dri JPH hingga JKM dan dari kita mula2 kenal hingga lah sekarang,jika ada terkasar bahasa terlanjur bicara,senganja ataupun tidak disenganjakan..harap sudilah kiranya korang memaafkan diriku yang kerdir ini...dan tolong halalkan segalanya makan minum dan ilmu yang korang berikan..

buat ,chu,nisa,wan ,mira kita ada lagi sebulan kan untuk bersama so tak terasa lagi la kut jumpa di poli melaka ekk tapi siti emm haluan kita mungkin berbeza tapi nk buat macam mana xde rezeki hati-hati di kelantan jaga diri baik2 ek :) ...untuk yang lain please don't forget me..i hope u all happy always and may Allah bless you all...
kita jumpa time konvo nanti insya'Allah :)





~keep in touch~

Saturday, March 22, 2014

final year project

assalammualaikum...


perjalan dalam membangunkan projek akhir aku rasa sangat mencabar kekuatan mental dan fizikal dan juga banyak mengajar aku erti kesabaran semuanya kerana satu projek ya hanya satu dapat menggugat banyak perkara...dua sem kami bertungkus lumus mencari bahan,buat research sehingga mengabaikan subject2 lain..

apa yang aku nak cerita kat sini project akhir ni banyak sangat kenangan dah tercipta di setiap perjalanan sebelum menempuh sesi "presentation" ,Dalam tidak kami sedari sepanjang kami melaksanakan project ni persahabatan kami diduga begitu kuat..KUAT SANGAT kalau tak sabar dah lama putus kawan hehe tu yang aku nampak dalam kebanyakan GROUP,ada ja group yang ok mungkin dugaan dyorang kat lain...

bila project yang aku ngn siti buat tu menjadi utuk kali pertama setelah banyak halangan yang terpaksa kami tempuh perasaan gembira yang amat sukar untuk kami gambarkan tu hanya allah ja yang tau..hanya dapat aku gambarkan dengan tangisan...tu saat2 akhir nak present kat penyelia sendiri bukan panel lagi..TAPI malang nya kegembiraan itu hambar dengan "tolakan" penyelia tak "suka" after all we do, "she says" if you submit this project you're failed...so what theee aku memang tak puas hati serius tak puas hati time tu tinggal lagi dua minggu kami nak kena mula balik dari awal haaaa apa masalah dia sebenarnya..gila ke apa time mara semua benda tak kena tapi ada hikmah disebalik tu yang kita tak tahu...

so nak tak nak ikud ja cakap dia,buat apa yang dia nak, ada dua minggu ja,satu minggu pertama memang tak boleh buat apa2 coz barang pun takdak kena tunggu siti balik ambik barang dulu, abg dia bnyak membantu...satu minggu yang terakhir baru aku ngn siti bertungkus lumus buat project ni boleh dikatakan 24jam aku ngn siti dekat lab haaa minggu ni la kena banyak bersabar...kat sini belakunya salah faham,terasa hati dan banyak lagi nasib la kami masih boleh mengawal emosi masing,ambil keputusan untuk diam seketika bagi ruang untuk masing2 fokus on project masing insya'Allah akan ada jalan yang terbaik...

gambar seminggu terakhir lab hypermedia 2 

siang malam pagi petang kkat sini dah macam bilik kedua










"final presentation, sudah pun berakhir,hanya mampu berdoa agar semua lulus dengan cermerlang"

Alhamdulillah mak abah dan  kawan-kawan banyak membantu bagi sokong moral semua tu amat berharga,chu banyak bagi nasihat..nisa pishang...ayu bagi pinjam cd,yan bagi pinjam pendrive huhu ..dan wan he the one semua orang tahu,dan yang lain2....terima kasih banyak sebab korang sangat membantu kami and the last person is SITI thank for everything your are the best buddy thank for being my "group member"  segala apa yang belaku sepanjang membangunkan project kita Remote Device ni aku menyusun 10 jari + 10 jari kaki dari hujung rambut hingang hujung kaki, dari bock 1 perempuan sampai block 5 lelaki,dari jabatan JP hingga JKM dan dari pahang hingga ke perak aku ingin memohon MAAF jika ada terkasar bahasa,terlanjur bicara yang mungkin menguris hati hang dalam aku tak sedari dan halalkan segalanya ye :)

here we go gambar2 yang sempat chu snap masa final presentation


tak sempat nak pos coz time ni server down



group chu N mira 
system attendant lecture


suasana presantion 
final year project

group yan N raja
sytem firewall 

group faz N yat
system attendant student





group wan nisa N thiru
wifi online 


haa kalau nampak pc yang kt belakang tu "tempat aku "
group kami palinh banyak guna pc 
Remote la katakan 

orang yang depan ni menyebuk je
yang penting kita orang kat belakang tu
try to fix "server"


group ayu diana N xiang
wifi topap



Saturday, March 1, 2014

Hanya Dengan Izin Allah


Asalamualaikum..

Kita merancang tapi bukan kuasa kita untuk menentukan Rancangan akan terlaksanan hanya dengan izin-NYA,masa SPM dulu aku sekadar nak dapat A untuk apa?? Sebab nak mama dan abah bangga !! tu ja yup tu ja bila dah dapat result baru fikir nak buat apa seterusnya dan  masa mula-mula masuk poli  aku langsung xdak perancangan sekadar nak sambung belajar tapi untuk apa??err xtahu… tapi sekarang aku dah ada tujuan kenapa aku kat sini dan kenapa aku perlu sambung pelajaran sebab aku dah mula merancang untuk masa depan aku, sapa yang nak ada rintangan dalam hidup semua orang nak perjalanan yang sempurna  tapi tu mustahil bagi kita yang bergelar manusia..orang yang tak dak masalah pun rasa tu satu masa (memang orang tu bermasalah,tak dak masalah nak cari masalah #bangang)ok!  sebab masalah yang membuatkan kehidupan ni menarik..zzzzzzz

“Plan” habis sem 6 dapat diploma wauu macam senang.

 “6 sem”  3 tahun pejam celik,pejam celik dah 3 tahun,tapi sementara nak tunggu 3 tahun tu macam2 boleh jadi tak semudah yang kita fikir kan…kemungkinan untuk repeat sem huh mintak dijauh kan aku ingat bila fail ja kena repeat tapi aku lupa faktor2 lain yang membolehkan seseorang tu repeat..

Setiap sem  dah mula rapat dengan orang baru aku dengan chu dan ana masih ada,sem dua mula rapat siti dan syed,sem 3 baru kenal mira sema 4 LI punya cerita + yat!! sem 5 ada “ana chu mira siti syed mona syasya faz “ knpa ada mona dan syasya sebab chu satu bilik ngn dyorang..faz plak sebab satu block ..Dulu  berenam “wan ami chu iffah ana aku”,  pas tu tinggal 5,iffa pindah!! wan dan ami err biasa la!! sem 6 ada chu,siti,syed,ayu,nisa,faz yang lain so2 je la |anaaa |.....

memang xduga benda ni boleh jadi Cuma tinggal satu sem ja lagi  ana patah kaki macam xpercaya kan.dugaan untuk dia dua kali perkara yang sama terjadi “semoga ana dapat hadapinya dengan tenang”…rancang nak abis sama2 pastu convo sama2 semuanya dah berubah final project pun dah tinggal 2 orang!!

Dia yang suka memaksa,dia yang suka buat aku tension kami  mesti nak berbahas kalau ada kerja ja la, pastu masing-masing diam,kesian siti jadi pentaraan taraaa then  baik balik cam tu ja tapi tak pernah kerja group kami xsiap mesti siap on time dan dia xkan pernah biar kamibuat  kerja tu macam tu ja mesti ada pembahagian tugas..siap tanya lagi “aku dah siap nak group ngn aku tak” “haa yup” mmg ada orang macam ni… macam biasa lah bila orang tu tak dak baru kita terfikir pasal dia,baru kita tahu kita beruntung mengenali dia..ada hikmah disebalik yang terjadi pengenalan yang singkat 3tahun “it enough to know each other”.
Sebaik baik rancangan,ia rancangan daripada-NYA yang satu J  we always know than.ana where ever you stay you have know every single moment with you we will keep in aut memory we never forget you…you are always in <3


Wednesday, January 8, 2014

Jika Aku



Ya Allah
jika aku jatuh cinta ,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cinta nya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu..

Ya Muhaimin..
 jika aku jatuh hati…
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatibya tertaut padaMu,
agar tidak  terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana..
jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada hatimu..

                                                 Ya Rabbul Izati..
 jika aku rindu…
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah
jika aku menikmati cinta kekasihMu
janganlah kenikmatan itu melebih indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah..
 jika aku jatuh hati pada kekasihMu..
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam..
perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…

Ya Allah
jika kau halalkan aku merindui kekasihmu
jangan biarkan aku melampaui batas hingga melupakan aku pada
cinta hakiki dan rindu abadi hanya padaMu
Amin…