Sunday, June 7, 2015

MEMBACA! -aku dan buku bersama tiada-

Asalammualaikum.

kenapa membaca,duduk dan berfikir sejenak,bila kali terakhir korang beli buku? tak pun ingat tak waktu mula2 kita pandai membaca dulu bukan main asal masuk kedai ja mintak dekat mak nak beli buku cerita kalau tak dapat confirm guling2 depan kedai, mesti ada perangai cam gitu haa kita geng haha, eh xleh Xleh haha perangai tak elok kena tulis ish ish 

Sambung balik ketagihan membaca secara drastik zap pap hilang terus bila dah remaja tapi nak di ikutkan waktu sekolah rendah pun dah malas dah..kalau baca pun sebab kena paksa untuk program nilam itu pun bukan baca salin sinopsis kat belakan buku tu ja asal buku nilam penuh dan berbuku2 at the end of the year dapat anugerah nilam konon ilmu penuh didada sebenarnya habuk pun xrak.

Abis zaman sekolah rendah naik sekolah menengah kalau nak diikutkan umur2 cam gini confirm minat novel tapi aku still lagi degan matlmat yang jitu eh satu yakni malas! novel ka komek ka baik aku tidur itu pemikiran remaja pasif macam aku , TAPI TAPI TAPI xdak la pasif sangat aku aktif sukan kut, membaca kira bukan life aku la sebab tu sejarah selalu gagal nasib SPM lulus macam mana lulus jangan tanya, aku pun tak tahu harapkan nasib ja.. 

ada rezeki lebih dapat sambung belajar waa dengan harapan err sebenarnya time tu xdak harapan tapi aku bayangkan budak2 IPTA/IPTS ni suka membaca, ptg2 bawak buku lepak bawah pokok tapi sebenarnya hampeh pg ptg siang malam fb twitter ig 24jam dengan laptop, game xlepas...itu ja la life diorang eh aku cerita pasal aku,haa kalau aku 24 jam nak tido aje ish ish teruk nanti dah mati tido la puas2 conclusion nya aku masih lagi x ada keinginan nak membaca kiranya kalau ada masa terluang tu jangan harap la nak baca walau pun satu muka surat baik aku duduk tanpa buat apa2 berangan tah apa2.

sekarang dah tamat belajar dip, tiba2 timbul keinginan nak membaca,tiap2 bulan mesti  beli satu buku dan harus baca sampai habis tak tahu kenapa aku pun rasa ajaib kuasa 2, mungkin faktor usia dan mungkin aku takut jadi lembab sebab asik tidur makan kenapa dulu aku xtakut? sebab dulu aku bergelar "studen" haha kebarangkalian untuk jadi lembab tu sangat tipis sebab tiap2 hari ada jugak input yg masuk walaupun sikit tapi sekarang nothing segalanya depend on diri sendiri takut jugak bila nak further study nanti otak hang haa mati aku baik aku start dari sekarang baca sikit2,dah tahu diri tu tak mampu slow2 la kan...

bukan senang nak mula membaca,kena mula dengan berfikir,fikir apa yang kita buat tu berbaloi ke tak so kepada aku yang suka tidur yang tiada penghabisan ni mula la terfikir..jap aku tak tau time tu aku "TERFIKIR" ka aku "BERFIKIR"
contoh sekarang aku tak tahu nak buat apa, aku malas! aku malas! aku malas! aku cuma ada satu option iaitu tidur okay xpa go on dah lepak atas katil dah nak tidur dah ni tapi proses nak tidur tu akan ambil masa dalam emm ,paling sikit la 5 minit,dalam 5 minit tu pejam mata time tu fikir jangan berangan plak,fikir kalau aku buat benda lain pergi taman ka joging ka jalan2 ka wahh best nya malam karang aku tidur haa tu proses memujuk diri TAPI teknik ni xkan berkesan macam zap terus bangun xdak,xdak aku tidur jugak sebenarnya makan masa tapi yang penting teruskan waktu nak tidur siang tu fikir sampai la satu masa hasil dari berfikir tu masa bosan aku,masa terluang aku,masa aku tak tahu nak buat apa aku mula membaca dari baca tentang hiburan sampai la buku2 ilmiah, perubahan yang agak baik untuk aku alhamdulillah

kepada korang yang sayangkan mata kurangkan berada didepan laptop dan smartphone mula la membaca korang akan dapat kenikmatan dan kepuasan nak2 lagi buku yang dibeli sendir,mula2 baca buku yg kita minat kalau suka jenis2 santai is okay tapi kena move on bila dah selesa dengan bacaanpel bagaikan..tak bnyak sikit pun jadi lah 

JANGAN TAKUT UNTUK BERUBAH
mula degan asal ada akhirkan dengan asal bnyak sangat ini  :)

No comments: