Tuesday, August 25, 2015

H A N C U R

Assalamualaikum

Ya Allah sukar aku gambarkan perasaan ini
juga rasa  yang aku tidak mampu aku ucapkan..
Dia yang aku sayang,dia  yang aku jadikan sebagai tonggak  untuk  berusaha untuk Berjaya,
hanya untuk dia .Kini semuanya sudah hilang, segala apa yang aku kejar kian kabur,apa yang aku usahakan semakin mundur.
Ya Allah Aku keliru,aku sakit,aku risau,aku takut
Ya Allah dugaan ini sungguh sukar untuk aku lalui 
kerana dulunya dialah semangat
Dialah yang membuat aku bangkit dari ketika aku jatuh,
Dialah yang ada ketika aku sakit
Dialah satu-satunya yang boleh buat aku tersenyum
Dialah orang yang pertama yang aku ingin lihat ketika bangun dari tidur
Tapi kini segalanya musnah hancur berkecai..

Ya Allah apa yang harus aku lakukan,aku tak mampu bersuara,aku takut jika dia tahu apa yang dia
sembunyikan hubungan kami akan renggang,Ya Allah hati ini dah mula bebolak balik sudah hilang rasa hormatku kepadanya,Ya Allah ampunkan hambamu ini Ya Allah aku perlukan masa untuk semua ini..

Terlintas dalam hati ini ingin pergi jauh…jauh dari semua ini mengapa aku yang pertama mengetahui
perkara ini…

Ya Allah ingin sekali aku bersuara kepada dia apakah salah kami ??
apa yang kami lakukan sehingga hal ini mesti terjadi??
Disetiap detik ,setiap saat ,dalam setiap sujud 
Aku tak pernah berhenti berdoa kepada Allah agar keluarga ini bahagia diberkati dan dilindungi…
“subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar”
Semoga aku tabah dalam menghadapi dugaanMU,semoga segala yang terjadi ini aka nada khimahnya.